Monday, March 14, 2011

Chong Wei terima penghargaan daripada PM


Chong Wei terima penghargaan daripada PMlatest news update,Chong Wei terima penghargaan daripada PM;PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada Kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton Seluruh England awal pagi Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan hadiah tersebut kepada Lee, yang tiba dari London pada 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.
Sementara, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya, sebuah jam tangan, atas kejayaan Lee itu. Lee pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan Seluruh England di Birmingham Indoor Arena, England.Chong Wei terima penghargaan daripada PM
Berucap pada majlis itu, Najib berkata beliau begitu yakin Lee akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Lee lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lalu.
Beliau berkata, hadiah Kerajaan Malaysia itu adalah hasil berbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan "kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Datuk Lee Chong Wei."Chong Wei terima penghargaan daripada PM
Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Lee menelefon Rosmah, satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.
"Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Lee Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang.
Chong Wei terima penghargaan daripada PM


Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment