Monday, March 21, 2011

Kereta terbakar ketika isi minyak, stesen minyak turut terbakar


Kereta terbakar ketika isi minyak, stesen minyak turut terbakar latest news update,Kereta terbakar ketika isi minyak, stesen minyak turut terbakar;ALOR SETAR: Sebuah stesen minyak di Jalan Sultanah di sini terbakar dalam kejadian awal pagi ini dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang terbakar ketika mengisi minyak.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Mohd Noor Din, berkata kejadian berlaku kira-kira 4.20 pagi menyebabkan pemiliknya kerugian RM160,000.
Kereta terbakar ketika isi minyak, stesen minyak turut terbakar Katanya pihaknya menerima panggilan pada 4.26 minit pagi dan sampai ke tempat kejadian tiga minit kemudian. "Tiga jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran."Ketika sampai di tempat kejadian api marak dengan cepat dari sebuah kereta yang menyambar pam minyak sehingga menyebabkan stesen minyak itu terbakar 30 peratus dan memusnahkan sebuah pam minyak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Waja.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiga pekerja dan pemilik kenderaaan berkenaan yang berada di tempat kejadian sempat menyelamatkan diri.Punca kejadian masih disiasat. - BERNAMA
Kereta terbakar ketika isi minyak, stesen minyak turut terbakar




Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment